IS Musnahkan Tapak Warisan Purba Iraq

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 6:12 PM

Kumpulan militan IS menyerang dan memusnahkan tapak warisan purba di Iraq.

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Kumpulan militan Negara Islam (IS) bertindak ganas dengan memusnahkan tapak warisan purba dalam serangan terbaharu di Bandar Assyrian Nimrud, Iraq pada Khamis.

Kumpulan bersenjata itu menggunakan jentolak untuk meroboh dan memusnahkan harta berharga itu, lapor pegawai Kementerian Pelancongan dan Antik menerusi laman Facebook rasminya.

Kemusnahan Nimrud berlaku seminggu selepas IS mengeluarkan video dimana kumpulan bersenjata itu memusnahkan artifak purba  menggunakan tukul dan gerudi di Muzium Mosul.

Sumber pihak antikuiti Iraq mengesahkan berita itu dan memmaklumkan bahawa kemusnahan berlaku selepas solat zuhur dan kenderaan berat digunakan untuk memusnahkan harta warisan turut kelihatan di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, pihak kementerian berkenaan tidak dapat menyatakan dengan tepat sejauh mana kemusnahan itu berlaku.

Antara arkeologi purba yang dikatakan menjadi sasaran serangan IS pada Khamis.

Nimrud diasaskan pada abad ke-13 SM dan ia adalah antara bandar yang terletak di Sungai Tigris kira-kira 30 kilometer tenggara Mosul, iaitu pusat utama IS di Iraq.

“Sememangnya serang ini dijangka, pihak berkenaan merancang untuk memusnahkan harta warisan Iraq satu persatu.

“Sasaran seterusnya adalah Hatra," kata Abdulamir Hamdani juga merupakan ahli arkeologi Iraq dari Stony Brook University.

Menceritakan lebih lanjut, katanya, Hatra adalah bandar indah di wilayah Nineveh yang berusia lebih 2,000 tahun dan merupakan tapak warisan dunia UNESCO.

Nimrud terkenal sebagai salah satu tapak penemuan arkeologi terbesar abad ke-20 apabila pasukan arkeologi menemui koleksi permata pada 1988.

Ketika pencerobohan Amerika Syarikat pada 2003, semua permata di Muzium Nasional Iraq terselamat daripada dicuri apabila ia ditemui semula di bangunan Bank Pusat negara itu.

Kebanyakan artifak berharga dipindahkan ke beberapa muzium iaitu di Mosul, Baghdad, Paris, London, namun patung lembu jantan bersayap dengan kepala manusia atau lebih dikenali sebagai ‘lamassu’ masih kekal di kawasan tersebut. 

Tags / Kata Kunci: IS , Nimrud , Iraq , muzium

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan