Sekolah Rendah Beri Murid Tugasan Dengan Soalan 'Aktiviti Keganasan'

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 10:36 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH sekolah rendah didakwa mengeluarkan kerja sekolah yang mengandungi soalan berkaitan kumpulan pengganas.

Menurut laporan portal Mirror.co.uk yang memetik laporan Daily Record, Majlis Lanarkshire North dikecam kerana mengeluarkan satu tugasan yang mengatakan tentang pengeboman berani mati yang dibawakan oleh kumpulan pemisah dan meminta kanak-kanak untuk menjelaskan tentang "aktiviti keganasan".

Antara lain membabitkan krisis tebusan di Munich di mana sembilan atlet warga Israel meninggal dunia semasa Sukan Olimpik 1972.

Kertas tugasan itu tersebar sehingga menjadi viral selepas ia diserahkan kepada murid-murid tahap P7 (murid berusia 11 tahun) di Sekolah Rendah New Stevenston yang dikendalikan oleh Majlis Lanarkshire North.

Guru-guru di sekolah Motherwell sudahpun mengadakan pertemuan bersama ibu bapa berhubung tugasan berkenaan, lapor Daily Record.

Seorang kakak kepada salah seorang murid berkongsi kertas tugasan itu secara dalam talian.

Aliyah Shafiq, 19, menulis satu kenyataan: "Bagaimana adik perempuan kecil saya harus menjawab soalan-soalan seperti ini untuk kerja sekolahnya?

"Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima dan aduan perlu dibuat kepada Majlis North Lanarkshire.

"Anda semua, saya mahu memperjelaskan bahawa walaupun kerja sekolah ini diberikan kepada murid-murid tahap P7 di Sekolah Rendah New Stevenston, tugasan itu sebenarnya datangnya dari majlis berkenaan, dan bukannya sekolah atau mana-mana guru secara langsung."

Buku tugasan bertajuk "Terrorism and Terror" (Keganasan) mengenai "kumpulan pemisah" dan membincangkan tentang konflik antara Israel dan Palestin, serta Ireland Utara.

Antara kenyataan di dalam buku tersebut berkata: "Salah satu lagi contoh mengenai keganasan kumpulan pemisah adalah di Israel.

"Rakyat Palestin yang tinggal di Israel percaya bahawa ia adalah tanah kepunyaan mereka yang diduduki oleh rakyat Israel.

"Peperangan antara Israel dan Palestin sering berakhir dengan kekalahan, maka mereka beralih kepada pendekatan keganasan sejak lebih 30 tahun."

Buku soalan itu turut meminta murid-murid menjawab soalan-soalan mengenai kenyataan berkenaan termasuk: "Rakyat Palestin memikirkan mereka mempunyai hak untuk menggunakan keganasan terhadap Israel."

"Berikan dua sebab mengapa mereka berfikir demikian? Gunakan maklumat yang diberikan bagi membantu anda (menjawab soalan)."

Selain itu, terdapat juga soalan: "Beri gambaran dua contoh aktiviti keganasan yang dilakukan oleh rakyat Palestin?"

Seorang wanita, Kerry McLaughlan berkata: "Saya tak percaya mereka bertanyakan soalan pelik ini kepada kanak-kanak, ini adalah satu gurauan!

Seorang jurucakap Khidmat Pembelajaran dan Aktiviti Lapang Majlis North Lanarkshire berkata: "Bahan kerja rumah itu telah diambil daripada pek pengajaran yang kini sudah tidak lagi digunakan.

"Kami menghubungi semua sekolah bagi memastikan bahan ini tidak lagi digunakan.

"Penjelasan mengenai rakyat Palestin adalah sesuatu yang tidak sesuai dan memohon maaf di atas kesilapan itu," katanya. - mirror.co.uk

Tags / Kata Kunci: aktiviti keganasan , pengganas

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan