Duta AS Diserang Di Seoul

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 8:16 AM

Keadaan Mark Lippert yang berlumuran darah selepas diserang oleh individu tidak dikenali menggunakan pisau cukur. Foto AP

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Korea Selatan, Mark Lippert cedera dalam satu serangan mengunakan pisau cukur di Seoul pada Khamis.

Saluran berita YTN yang memetik sumber polis berkata, seorang lelaki yang mempunyai pisau cukur pada tangan kanannya menyerang Lippert sewaktu duta besar itu menghadiri majlis sarapan pagi di tengah bandar Seoul.

Saluran berita itu memaparkan sekeping gambar menunjukkan duta itu berlumuran darah sambil tangan kanannya memegang pipi kanannya, dengan tangan kirinya juga mempunyai kesan darah.

Lippert, 42, dibawa ke hospital, tetapi kecederaan yang dialaminya dilaporkan tidak parah.

Penyerang yang dilaporkan melaungkan slogan anti peperangan ketika membuat serangan ke atas Lippert yang baharu sahaja memegang jawatan tersebut di Seoul pada Oktober tahun lalu, telah ditahan serta-merta.

Amerika Syarikat dan Korea Selatan melancarkan gerakan tentera bersama pada minggu ini, menimbulkan ketegangan dengan Korea Utara. - AFP


Tags / Kata Kunci: Mark Lippert

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan