Anak Kelahiran Malaysia Wakili Australia Pertandingan Lagu Eurovision

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 1:47 PM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Anak kelahiran Malaysia Guy Sebastian akan mewakili Australia pada edisi ke-6 pertandingan lagu Eurovision pada Mei di Vienna.

Pengumuman itu dibuat di Sydney Opera House pada pagi Khamis.

Sebastian, yang lahir di Klang, Selangor, menyifatkannya sebagai "peluang impian".

Walaupun beliau masih belum memilih lagu, Sebastian berkata beliau mahu menyanyikan "karya agung".

"Sama ada lagu ceria atau balada yang menyerlahkan suara saya," katanya kepada pemberita.

Lagu pilihan Sebastian akan diumumkan sebelum 16 Mac. Pertandingan Eurovision pada 23 Mei.

Bekas pemenang pertandingan Australian Idol itu berpengalaman menyertai beberapa pertandingan peringkat global, menduduki tempat ketujuh dalam pertandingan akhir World Idol 2003 dengan beliau mendapat pujian Simon Cowell sebagai antara penyanyi mempunyai suara terbaik pada pertandingan itu.

Beliau juga pernah membuat persembahan di hadapan Pope Benedict XVI, Ratu  Elizabeth II dan Oprah Winfrey.

Walaupun Sebastian akan menjadi wakil pertama daripada Australia pada pertandingan Eurovision, seorang lagi bakat daripada Australia, Jessica Mauboy  muncul membuat persembahan pada pertandingan 2014 yang ditonton oleh 195 juta orang di seluruh dunia.

Tags / Kata Kunci: Eurovision

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan