Pengetua Mohon Maaf Benar Penderaan Seksual Di Sekolah

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 11:58 AM

Bekas guru besar Sekolah Knox Grammar, Ian Paterson.

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Seorang bekas guru besar di salah sebuah sekolah swasta paling berprestij di Australia pada Selasa memohon maaf selepas pendedahan bahawa kanak-kanak lelaki di sekolah itu dilatih untuk aktiviti seks oleh guru mereka ketika dia masih berkhidmat.

Sekolah Knox Grammar di Sydney, yang bekas pelajarnya termasuk mendiang bekas Perdana Menteri, Gough Whitlam dan bintang Hollywood Hugh Jackman, menjadi perhatian umum berhubung suatu siasatan kes penderaan seksual kanak-kanak.

Suruhanjaya diraja telah mendengar tuntutan bahawa wujudnya penderaan sedemikian yang didakwa berlaku antara 1970-an dan 2012.

Ian Paterson pernah menjadi pengetua selama 30 tahun sehingga tahun 1998 dan dikatakan bahawa dia gagal untuk memberitahu polis tentang kejadian penderaan oleh guru yang kemudiannya didakwa atas kesalahan seks.

Menerusi kenyataan saksi kepada suruhanjaya itu, Paterson mengakui dia membuat kesilapan dan berkata dia menyesal terhadap penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak lelaki di bawah jagaannya.

"Saya sepatutnya tahu dan saya sepatutnya menghentikan perkara itu yang akhirnya membawa kepada kesan negatif kepada kanak-kanak lelaki dalam penjagaan saya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Knox Grammar , Ian Paterson

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan