Sembilan Cedera Dalam Letupan Bom Di Pattani

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 8:21 PM

Anggota pasukan keselamatan memeriksa tinggalan motosikal setelah sebutir bom yang dipasang padanya meletup di Pattani pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Sembilan orang cedera dalam kejadian letupan bom dan satu kejadian serangan bersenjata di sini pada Selasa.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Khokpo Left. Col. Pol. Siriwat Panyachon-nawat, ketiga-tiga kejadian berlaku di Mukim Tarua, Daerah Khokpo.

Beliau berkata kejadian pertama berlaku di bengkel motosikal yang terletak di Jalan Ban Krok-Tarua pada jam 11.55 pagi dan mengakibatkan dua orang cedera.

Lima belas minit kemudian sebutir bom yang dipasang pada motosikal yang diletak tepi jalan dua kilometer dari tempat kejadian pertama meletup.

Katanya sasaran bom kedua itu ialah Penolong Ketua Pejabat Jajahan Khokpo dan anggota rela yang memasuki kawasan kejadian tembakan untuk membantu mangsa dalam kejadian letupan bom pertama.

Namun begitu, tiada kehilangan jiwa berlaku dan hanya kereta yang dinaiki mereka rosak.

Sementara itu serangan bom ketiga mencederakan tujuh orang iaitu empat pegawai kesihatan, dua pegawai penyelamat dan seorang anggota polis.

Tags / Kata Kunci: bom , Pattani

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan