Lelaki Dapat Empat Anak Kembar, Hilang Isteri - Berita Dunia | mStar

Lelaki Dapat Empat Anak Kembar, Hilang Isteri

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 11:21 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki yang baharu bergelar ayah kepada empat anak kembar turut mendapat gelaran bapa tunggal apabila isterinya maut ketika bersalin.

Carlos Morales menyifatkan telah menempuh 'hari bersejarah' pada 'hari paling teruk' dalam hidupnya kerana kehilangan isteri, Erica Morales.

Carlos dan mendiang isteri, Erica.

Carlos yang tinggal di Phoenix, Arizona tiada ketika isterinya melahirkan tiga anak perempuan dan seorang lelaki kerana sedang berkerja sebagai buruh binaan.

Bagaimanapun ketika tiba di hospital dia telah diberitahu isterinya berjaya melahirkan empat anak sebelum maut kerana kehilangan banyak darah.

Walaupun sedih kerana kehilangan isteri tercinta, namun Carlos masih mampu tersenyum melihat anak-anaknya.

Kisah suka-duka yang dialami Carlos bagaimanapun turut mendapat perhatian keluarganya dan netizen yang kemudian menyumbang sebanyak AS$258,000 (RM935,931) kepada empat kembar terbabit.

Tags / Kata Kunci: Arizona , Kembar Empat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan