Bapa Jihadi John Bawa Diri Ke Kuwait

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Bapa kepada penyembelih militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), Jihadi John telah membawa diri ke negara asalnya Kuwait selepas identiti anaknya didedahkan oleh media massa Britain minggu lalu.

Bagaimanapun, akhbar Britain, The Mirror berjaya mengesan dan menghubungi Jasem Emwazi, 51, menerusi telefon untuk bercakap dengannya.

“Ya benar, saya adalah bapa kepada Mohammed,” jelasnya ringkas.

Minggu lalu, identiti Jihadi John telah didedahkan oleh media massa Britain sebagai Mohammed Emwazi, 27.

Mohammed bertanggungjawab menyembelih sekurang-kurangnya lima tebusan Isis yang dirakamkan menerusi video dan dimuatnaikkan dalam pelbagai laman sosial untuk tatapan umum.

Dia digelar Jihadi John selepas muncul dalam rakaman video berkenaan bertutur dalam loghat British yang dalam sekaligus memberi gambaran yang dia menerima pendidikan atau pernah bermastautin di United Kingdom (UK).

Berdasarkan pendedahan tersebut, Mohammed telah disahkan menerima pendidikan rendah, menengah dan pengajian tinggi di UK. Dia berhijrah bersama-sama keluarganya dari Kuwait ke London pada 1993 ketika berusia enam tahun.

Malah dia memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang sains komputer dari University of Westminster, London.

Bagaimanapun, bapa Mohammed yang berjaya dikesan dan dihubungi oleh The Mirror pada Isnin berkata yang dia enggan bercakap panjang dengan pihak media.

“Saya minta maaf, saya tidak mahu bercakap dengan pihak media...," ujarnya.

Jasem telah 'membawa diri' ke kampung halamannya di daerah Taima, Kuwait untuk menenangkan dirinya ekoran pendedahan tersebut.


iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan