Operasi Dihentikan, Bangkai QZ8501 Diserah Kepada KNKT

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Bangkai pesawat AirAsia yang terhempas di Laut Jawa, selatan Kalimantan Disember lalu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) di Pelabuhan Tanjung Priok untuk pemeriksaan lanjut.

Sepihan paling besar diangkat dari dasar laut oleh pihak Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) pada 27 Februari lalu itu dibawa dari Selat Karimata ke Tanjung Priok menggunakan kapal Crest Onyx, kata jurucakap badan itu, Dianta Bangun seperti dilaporkan Antara News Agency pada Isnin.

Pegawai Basarnas menamatkan operasi mencari dan menyelamat pada 28 Februari lalu dengan alasan adalah mustahil untuk pihaknya menemui penumpang dan kru yang hilang.

Pesawat QZ8501 itu terhempas bersama 162 penumpang ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu.

Setakat ini, sebanyak 103 mayat ditemui dan 97 daripadanya dikenal pasti.

Tags / Kata Kunci: QZ8501 , AirAsia , Tanjong Priok , KNKT

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan