Ahok Bantah Hukuman Mati

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 10:22 AM

Gabenor Jakarta yang lebih dikenali dengan panggilan Ahok.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Jika sebelum ini, bantahan hukuman mati terhadap pesalah dadah hanya datang dari negara asing di mana warganya bakal berhadapan skuad penembak, tetapi terkini pemimpin Indonesia sendiri tampil menyatakan perkara sama.

Pertama kali, Gabenor Basuki Tjahaja Purnama tampil menyatakan bantahannya terhadap pelaksanaan hukuman mati itu.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ahok berkata, pengedar dadah boleh berubah dan dipulihkan.

“Saya tidak bersetuju dengan hukuman mati. Sentiasa ada peluang untuk seseorang menjadi manusia lebih baik,” katanya kepada media selepas melawat Penjara Pondok Bambu di Jakarta Timur.

Ketika ini, 10 banduan menanti saat untuk menjalani hukuman mati itu, bagaimanapun setakat ini pengumuman mengenai tarikh dan masa belum dibuat.

Daripada jumlah itu, dua daripadanya ialah warga Australia, manakala selebihnya termasuk dari Brazil dan Perancis.

Presiden Jokowi setakat ini menunjukkan ketegasannya mahu pesalah terbabit menjalani hukuman berkenaan dan menolak permohonan pengampunan mereka.

Menurut Ahok, adalah lebih setimpal jika seseorang yang disabitkan kesalahan dadah dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan turut diawasi dengan ketat.

“Jika mereka menggunakan dadah, individu terbabit mesti dibunuh pada hari yang sama, tetapi jika mereka mahu berubah, peluang harus diberikan,” katanya.

Kenyataan Ahok ini menimbulkan persoalan kerana ada pihak menyatakan Jokowi adalah rakan baik kepada Ahok kerana kedua-duanya pernah bertugas bersama di Jakarta sebagai gabenor dan timbalan gabenor di bandar raya itu.

Bagaimanapun, ia bukan kali pertama mereka dilihat tidak sependapat, malahan parti politik yang diwakili juga berbeza.
Tags / Kata Kunci: Jokowi , Ahok , hukuman mati , dadah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan