China Umum Bilangan Panda Liar Semakin Bertambah

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 11:47 AM

(Ubah saiz teks)

CHINA baharu sahaja mengumumkan tentang penemuannya mengenai panda liar dan bilangannya yang semakin bertambah berdasarkan bancian yang dilakukan sekali dalam tempoh sedekad 

Menurut pengumuman yang dibuat oleh Pentadbiran Perhutanan China pada satu sidang media di Beijing, kini terdapat sebanyak 1,864 panda liar dewasa. 

Sejak 40 tahun lalu, China telah mengendalikan satu kajian mengenai panda liar dewasa, yang mana dilakukan sekali dalam tempoh 10 tahun. 

Pada 1970-an, jangkaannya adalah 1,100 panda. Pada 1990-an, angkanya ialah 1,120 panda. Menerusi bancian ketiga, yang dikendalikan antara 1998 dan 2002, jumlahnya menjadi 1,596 panda. 

Perangkaan terbaharu menunjukkan sebanyak 1,864 panda, yang menunjukkan bilangan panda liar dewasa meningkat sebanyak 286 panda dalam tempoh sedakad lalu, bersamaan dengan peningkatan 16.8 peratus.

Jumlah kawasan yang didiami oleh panda liar gergasi dianggarkan seluas 2,577,000 hektar, meningkat sebanyak 11.8 peratus sejak laporan yang terakhir. Dengan jumlah kawasan perlindungan untuk panda liar ini meningkatkan bilangannya dari 40 kepada 68 bagi tempoh yang sama, ia menjangkakan 1,246 panda atau dua pertiga daripada populasinya kini berada di kawasan yang dilindungi.

"Peningkatan panda gergasi dan kawasan habitat sejak lebih 10 tahun lepas merupak signifikan kepada pencapaian pemuliharaan," kata Xiaohai Li, pengarah eksekutif program di WWF-China dalam satu kenyataan. - theguardian.com

Tags / Kata Kunci: panda

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan