Pemimpin Pembangkang Rusia, Anti-Putin Ditembak Mati

Diterbitkan: Sabtu, 28 Februari 2015 9:26 AM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Seorang pemimpin pembangkang Rusia yang juga pengkritik Presiden Vladimir Putin iaitu Boris Nemtsov maut ditembak oleh penembak tidak dikenali ketika berjalan-jalan di ibu negara itu pada Jumaat malam.

Pembunuhan bekas perdana menteri berusia 55 tahun yang lantang mengkritik kerajaan berhubung isu Rusia-Ukraine berlaku menjelang perhimpunan pembangkang yang akan diadakan pada minggu ini.

Ketika kejadian, Nemtsov dilapor sedang berjalan dengan seorang wanita warga Ukraine berhampiran Kremlin.

Bagaimanapun ketika menyeberangi sebuah jambatan, pemimpin terbabit telah ditembak sebanyak lebih dari empat das di bahagian belakang badan dengan jarak beberapa meter.

Wanita yang berjalan dengan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan kerana tidak menjadi sasaran pembunuh.

Sementara itu, Putin menyifatkan kejadian tembakan itu dilakukan oleh penembak upahan.

Nemtsov

Jurucakapnya Dmitry Peskov berkata, insiden itu juga merupakan satu provokasi ketika pembangkang ingin mengadakan perhimpunan menentang kerajaan pada minggu ini.

Jelasnya, Putin telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan beliau kemudian meminta agensi penguatkuasa menjalankan siasatan secara terperinci.


 

Tags / Kata Kunci: Rusia , Putin

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan