Saman Diskriminasi Wanita AS Bertudung Berlarutan Sejak 2008

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 9:48 AM

Samantha Elauf

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Saman diskriminasi yang dikemukakan seorang wanita Islam yang tidak diterima bekerja oleh syarikat pakaian Aber­crombie & Fitch selepas menghadiri temuduga dengan memakai tudung hitam pada 2008 masih belum diputuskan.

Laporan AP menyebut, pihak Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) dikatakan masih meneliti saman berkenaan.

Wanita berkenaan, Samantha Elauf dimaklumkan bahawa pemakaian tudung hitam adalah menyalahi kod pakaian syarikat.

Walaupun tidak menyatakan agamanya atau sebab dia memakai tudung tetapi pembantu pengurus kedai itu membuat andaian bahawa Elauf beragama Islam dan memakai tudung atas sebab agama.

Susulan itu, Abercrombie & Fitch menukar dasarnya mengenai pemakaian tudung dan menyelesaikan beberapa saman serupa di tempat lain. Bagaimanapun, tetap melawan tuntutan Elauf di Mahkamah Agung.

Elauf yang berusia 17 tahun menghadiri temuduga itu untuk jawatan model di kedai pakaian kanak-kanak Abercrombie Kids di sebuah pusat beli-belah di Tulsa, Oklahoma.

Walaupun menarik perhatian timbalan pengurus kedai itu, permohonannya ditolak kerana bertudung.

Bagaimanapun, pada 2010, syarikat berkenaan membenarkan pemakaian tudung tetapi larangan pakaian hitam dikekalkan.

Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Samarata kemudian memfailkan saman bagi pihak Elauf, manakala sebuah panel juri memutuskan pampasan berjumlah AS$20,000 diberikan kepada wanita itu.

Bagaimanapaun mahkamah rayuan di Denver membatalkan pampasan itu dan memutuskan Abercrombie & Fitch tidak bersalah kerana Elauf tidak pernah meminta syarikat itu supaya mengendurkan dasar mengenai pemakaian tudung. 



Tags / Kata Kunci: Islam , tudung , AS , Abercrombie & Fitch

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan