Lebih 100 Maut Akibat Runtuhan Salji Tebal

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 11:29 AM

Pasukan penyelamat yang dibantu penduduk tempatan membawa mayat mangsa runtuhan salji ke hospital.

(Ubah saiz teks)

KABUL: Kejadian runtuhan salji tebal di kawasan pergunungan di utara bandar ini mengorbankan lebih 100 nyawa, manakala berpuluh-puluh penduduk lain masih terperangkap.

Ketika ini, pasukan penyelamat masih bertungkus lumus untuk memastikan mangsa dapat dikeluarkan secepat mungkin berikutan keadaan cuaca yang semakin buruk.

Gabenor Wilayah Panjshir, Abdul Rahman Kabiri berkata, kebanyakan mangsa terdiri daripada penduduk di wilayah Panjshir kira-kira 150 kilometer di utara Kabul.

“Ribut salji yang berterusan selama dua hari memusnahkan lebih 100 rumah di wilayah ini yang terputus laluan ke jalan utama," katanya seperti dilaporkan Reuters.

Tambahnya lagi, situasi itu menyebabkan sukar untuk pasukan penyelamat memasuki kawasan di pedalaman dan menjalankan kerja-kerja membantu mangsa.
Tags / Kata Kunci: salji , Kabul , Abdul Rahman Kabiri , Panjshir

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan