Wabak Selesema Babi Di India Makin Parah

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 10:03 AM

Ribuan pesakit dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut wabak selsema babi sejak awal tahun ini.

(Ubah saiz teks)

AHMEDABAD: Perhimpunan awam diharamkan di bandar ini bagi mengelak tersebarnya wabak selsema babi (H1N1) yang kini dijangkiti belasan ribu penduduk India sejak ia mula menular awal tahun ini.

Kementerian Kesihatan India memaklumkan setakat Ahad, wabak itu meragut 833 nyawa, manakala 14,484 penduduk disahkan dijangkiti penyakit itu.

Pihak berkuasa bandar terbesar di barat Gujerat kini semakin resah apabila berhadapan kesukaran untuk menangani penyebaran penyakit berpunca dari ternakan itu.

"Kami telah mengeluarkan notifikasi menghalang perhimpunan beramai-ramai di semua daerah, bagaimanapun majlis perkahwinan dan kematian dikecualikan.

Beliau menambah, hanya penganjuran majlis yang mendapat kebenaran pihak berkuasa boleh dijalankan dengan syarat disediakan topeng mulut kepada setiap pengunjung, selain air dan pembersih kekotoran," kata Pentadbir Kanan Ahmedabad, Rajkumar Beniwal.

Keputusan untuk mengeluarkan arahan itu dibuat selepas menteri muda kesihatan Gujerat disahkan positif menghidap wabak itu, sehari selepas speaker dewan persidangan negeri itu juga disahkan berhadapan risiko akibat penyakit sama.

Negeri kelahiran Perdana Menteri India, Narendra Modi itu setakat ini mencatatkan korban kedua tertinggi dengan 219 penduduk maut, manakala lebih 3,300 kes dikesan setakat ini, manakala di Rajasthan pula angka kematian mencecah 225 orang.

Selain Delhi, Gujerat dan Rajasthan, negeri utama lain yang terjejas teruk ialah Uttar Pradesh dan Telangana.

Pegawai perubatan mengambil contoh darah penduduk yang disyaki menghidap selsema babi untuk diuji.

Simptom selesema babi sama dengan selesema biasa seperti batuk, demam, sakit tekak dan keletihan.

Pelbagai pihak menyalahkan pihak berkuasa terutama di Delhi kerana tidak memberi perhatian berikutan lawatan presiden Amerika Syarikat Barack Obama baru-baru ini serta pilihan raya perundangan Delhi dua minggu lalu.

Hanya beberapa hari lepas sahaja kempen media melalui televisyen dan papan iklan digiatkan bagi mendidik dan memberi amaran kepada penduduk, dengan semakin ramai penduduk memakai topeng semasa berada di luar rumah.

Pemeriksaan di farmasi menunjukkan sekotak mengandungi 50 keping topeng dijual pada harga 300 rupee (RM18) sebelum ini, tetapi kini ia meningkat kepada 600 hingga 700 rupee (RM35-RM40).

Wabak tersebut juga menyebabkan pihak berkuasa kesihatan menetapkan kadar caj saringan darah pada 4,800 rupee (kira-kira RM280), bagaimanapun makmal swasta mengambil kesempatan dan mengenakan bayaran sekali ganda.

Tahun lalu India mencatat 937 kes selesema babi dan 218 kematian. 


Tags / Kata Kunci: selsema babi , India , HIN1

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan