"Usah Campur Tangan" - Kata Jokowi Kepada Negara Asing

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 10:33 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Indonesia mengesahkan jadual pelaksanaan hukuman mati ke atas 11 banduan yang majoritinya kerana kesalahan dadah tidak akan ditangguhkan.

Sehubungan itu, Joko Widodo atau Jokowi mengingatkan negara asing supaya tidak campur tangan terhadap hak Jakarta melaksanakan hukuman mati seperti termaktub dalam undang-undangnya.

Katanya, Jakarta sangat bertegas menolak sebarang gangguan dari negara luar terhadap hak Indonesia melaksanakan hukuman mati.

“Kami berhak menjalankan undang-undang kami,” katanya kepada media.

Sebelum ini Jokowi menolak permohonan banduan terbabit, termasuk pesalah warga asing yang menunggu masa untuk menjalani hukuman mati di penjara.

Ketegasan itu mendapat tentangan daripada pemimpin asing, termasuk dari Australia, Brazil dan Perancis.

Jokowi mendedahkan, dia mendapat panggilan telefon daripada pemimpin Perancis, Brazil dan Belanda sebelum ini tetapi tidak menyebut mengenai Australia.

Dua daripada banduan terbabit ialah warga Australia.

Indonesia memperuntukkan hukuman mati bagi pesalah dadah dan ia kembali dilaksanakan pada 2013 selepas kali terakhir ia dilakukan lima tahun sebelumnya.

Tags / Kata Kunci: Jokowi , dadah , banduan , Indonesia

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan