5 Kg Ganja, Dua Pedang Samurai Dirampas

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 10:11 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Operasi Pihak Narkotik Pusat (CNB) Singapura ke atas seorang lelaki disyaki pengedar dadah pada Isnin membawa kepada penahanan dua lelaki, 5 kilogram (kg) kanabis atau ganja dan dua pedang samurai.

CNB berkata dadah tersebut dianggarkan bernilai lebih S$199,000 di pasaran.

Para pegawai CNB menahan pengedar rakyat Singapura berumur 34 tahun tersebut di Lorong 37, Geylang. 

Kira-kira 4.20 petang, pihak CNB melihat kemunculan seorang lelaki yang dipercayai pembawa dadah berumur 45 tahun dengan van dan meletakkan sebuah kotak di tepi sebuah tong sampah di lorong tersebut sebelum beredar.

Tidak lama kemudian, pengedar tersebut dilihat tiba di lorong itu dengan kereta dan mengambil kotak tersebut serta berlalu dari situ.

Menurut CNB, pada ketika itu pihak mereka menahan lelaki tersebut di sepanjang Geylang Road dan menemui lima ketul kanabis seberat 5 kilogram.

Pemeriksan lanjut di dalam keretanya menemukan kira-kira 164 gram dadah jenis Ice, 137 pil Ecstasy, 101 pil Erimin-5, alat timbang digital dan lain-lain peralatan dadah sertai duit yang kesemuanya berjumlah S$26,000.

Turut ditemui dalam kereta suspek dua bilah pedang samurai.

Dalam serbuan berasingan, pihak CNB menahan seorang lelaki berumur 45 tahun yang memandu van tersebut di stesen minyak di Ipoh Lane dan menemui paket kecil mengandungi kira-kira 1 gram Ice.
 
Kedua-dua lelaki terbabit akan didakwa kerana megedar dadah.

Tags / Kata Kunci: ganja , samurai , Singapura

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan