Lebih Separuh Bencana Alam Dunia Berlaku Di Asia Pasifik

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 8:10 PM

Gempa bumi Ludian di China.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Lebih separuh daripada 226 bencana alam yang dilaporkan di dunia tahun lepas berlaku di rantau Asia dan Pasifik. 

Walaupun tahun itu tiada bencana berskala besar berlaku akibat gempa bumi atau tsunami, rantau itu dilanda ribut teruk, banjir rentas sempadan dan tanah runtuh, yang meliputi 85 peratus daripada semua bencana.

Secara keseluruhan, lebih 6,000 kematian disebabkan oleh bencana alam, berbanding 18,744 kematian pada 2013, menurut Laporan Kajian Bencana Alam di Asia dan Pasifik: Tahun 2014.

Kira-kira 79.6 juta orang terjejas akibat bencana alam di rantau ini, menurut laporan itu yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik (ESCAP) Rabu.

Kerugian ekonomi disebabkan bencana alam pada 2014 juga masih tinggi, berjumlah US$59.6 bilion dan ini menunjukkan kurangnya ketahanan ekonomi dirantau ini, kata laporan itu.

Kajian dalam laporan itu menunjukkan bahawa kerugian ekonomi tertinggi di Asia dan Pasifik ialah akibat banjir lembangan sungai (US$16 bilion) dan siklon Hud Hud (US$11 bilion) di India, diikuti gempa bumi Ludian di China (US$6bilion) dan siklon tropika Kajiki di Jepun (US$5.2 bilion). 

Rantau ini didapati kurang bersedia dari segi respons bagi menghadapi banjir dan tanah runtuh rentas sempadan.

Bencana alam seperti itu, yang mungkin meningkat akibat perubahan iklim,memerlukan pertukaran maklumat serantau yang lebih baik dan penyelarasan bersama operasi bagi amaran awal dan pemindahan yang efektif, kata laporan itu.

Dapatan ESCAP menunjukkan bagaimana kesiapsiagaan untuk ribut kencangmelalui sistem amaran awal yang berkesan telah dapat mengurangkan angka kematian.

"Pengajaran penting daripada 2014 ialah sistem amaran awal dapat menyelamatkan nyawa," kata Shamika Sirimanne, Pengarah Bahagian ICT dan Pengurangan Risiko Bencana ESCAP.

"Kesiapsiagaan menghadapi siklon Hudhud dan taufan Hagupit terletak bukansahaja kepada keupayaan untuk meramalkan pergerakan dan intensiti ribut, tetapi juga keupayaan untuk melibatkan diri dan mobilisasi komuniti yang terdedah untuk bersiap sedia menghadapi bencana," katanya.

Empat puluh satu kematian yang dikaitkan dengan siklon Hudhud, ribut kategori 4, dianggap rendah, berbanding 18 kematian yang dikaitkan dengan Hagupit, taufan kategori 3.

Menurut laporan, rantau Asia Pasifik mengalami lima musim kemarau yang teruk pada 2014, yang menjejaskan 31.5 juta orang.

Sementara itu, pemimpin di seluruh Asia dan Pasifik sedang bersiap sedia untuk memuktamadkan rangka kerja global yang baharu bagi mengurangkan risiko bencana, yang akan menggantikan Rangka Kerja Hyogo 2005 untuk Tindakan pada Mac 2015 di Sendai, Jepun.

Pengajaran daripada 2014 jelas menunjukkan bahawa membina daya tahan kekal sebagai keutamaan penting untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda di Asia dan Pasifik, kata ESCAP. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Bencana Alam , Asia Pasifik

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan