Al-Shabaab Ancam Serang Oxford Street, Pusat Beli-Belah Westfield

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 5:02 PM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH rakaman video oleh kumpulan militan, Al-Shabaab yang mengancam akan melancarkan serangan di Oxford Street dan pusat membeli-belah di Westfield, London mula tersebar.

Kumpulan tersebut turut memberi amaran untuk mensasarkan serangan di  pusat membeli-belah milik Yahudi di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Perancis.

Salah seorang individu yang muncul di video tersebut mempunyai loghat British.

Al-Shabaab adalah dalang di sebalik serangan di pusat membeli-belah di Westgate, Kenya yang mengakibatkan seramai 60 orang maut.

Pihak berkuasa Scotland Yard sedang meneliti rakaman tersebut yang muncul secara dalam talian sejak September tahun lalu.

Malah individu terbabit turut menggesa serangan dilancarkan ke tengah Westfield di Shepherds Bush dan Stratford.

Seorang jurucakap Westfield berkata, pihaknya tidak menerima sebarang bukti mengenai ancaman serangan terhadap pusat membeli-belah tersebut.

"Bagaimanapun seperti biasa kami akan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan kakitangan, peniaga dan pelanggan di pusat membeli-belah kami," katanya.

Jelas jurucakap itu, Westfield Corporation tidak akan membincangkan prosedur keselamatan secara terbuka tetapi ketua unit keselamatan di AS dan UK sentiasa menyelaraskan aktiviti mereka dengan polis dan agensi kerajaan.



Tags / Kata Kunci: Al-Shabaab , Oxford Street , Westfield

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan