Lelaki Didakwa Mengamuk Kerana Tidak Puas Hati Potongan Rambut Baharu

Diterbitkan: Ahad, 22 Februari 2015 9:54 AM

Alan Becker bertindak mengamuk kerana tidak berpuas hati terhadap potongan rambut baharunya. Foto AP / Jabatan Polis Stamford

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki berhadapan dakwaan melakukan jenayah selepas bertindak ganas dengan mengamuk hanya disebabkan tidak berpuas hati terhadap potongan rambut baharunya.

Polis berkata, Alan Becker yang berusia 47 tahun itu tidak berpuas hati dengan rambutnya malah bertambah berang apabila diberitahu caj perkhidmatan itu yang perlu dibayarnya ialah AS$50 (RM183.35).

Polis, Sarjan Kelly Conelly berkata, Becker menendang dinding salon itu di Connecticut, Amerika Syarikat (AS) sehingga menyebabkan ia berlubang selain bersikap biadap kepada pekerja dan pelanggan.

Malah dia kemudiannya melemparkan paparan lilin dan beberapa barangan lain ke arah tukang gunting rambut sebelum beredar.

Sarjan Kelly memberitahu media Connecticut, Hartford Courant: "Dia tidak suka potongan rambutnya."

"Dia tidak suka gaya rambutnya dipotong."

Becker kemudiannya kembali ke salon berkenaan dan menuntut supaya tukang gunting rambut "memperbetulkan" gaya baharunya itu tetapi salon tersebut enggan melakukannya.

Dia kemudiannya ditahan di kediamannya di Stamford atas dakwaan menganggu keamanan dan jenayah kerosakan. - mirror.co.uk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan