Tunisia Dakwa Pemberontak Islam Bunuh Empat Anggota Polis

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 11:26 AM

(Ubah saiz teks)

TUNIS: Empat anggota polis Tunisia terbunuh dalam satu kejadian yang dilabel oleh kerajaan negara itu sebagai "serangan pengganas" kerana ia berlaku di kawasan yang menjadi pangkalan pemberontak Islam paling merbahaya.

"Dalam serangan pengganas pada 18 Februari di Boulaaba, empat wira keselamatan telah terkorban," kata Kementerian Dalam Negeri negara itu dalam satu kenyataan, tanpa memberi maklumat lanjut.

Boulaaba merupakan sebahagian daripada banjaran gunung di sempadan Algeria yang menjadi penempatan kumpulan jihad utama Tunisia, Okba Ibn Nafaa yang dikaitkan sebagai rangkaian Al-Qaeda.

Kumpulan sama turut dipertanggungjawabkan dalam serangan yang mengorbankan 15 tentera Tunisia pada Julai lalu.

Serangan itu dilaporkan berlaku ketika tentera dan polis Tunisia melakukan operasi bagi menahan ahli kumpulan berkenaan yang menjadi ancaman terhadap keselamatan awam.

Tags / Kata Kunci: Tunisia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan