Militia Isis Berarak Tunjuk Kekuatan Dengan Kereta Baru Polis Di Libya

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 2:11 PM

Deretan kereta baru polis Isis berarak di bandar Benghazi - sekaligus mengambarkan yang mereka telah menguasai bandar kedua terbesar Libya itu.

(Ubah saiz teks)

> Kumpulan militia di Libya yang memenggal kepala 21 warga Kristian Mesir tunjuk kekuatan

> Mereka berarak memperlihatkan kereta baru 'polis' di bandar Benghazi, Libya

> Perarakan itu dirakamkan menerusi video

> Ia seolah-olah menunjukkan mereka menguasai pentadbiran bandar kedua terbesar Libya itu

> Orang ramai kelihatan bersorak gembira apabila perarakan itu melintasi bandar

> Rakaman video itu dimuatnaikkan oleh kumpulan Ansar al-Sharia

> Kumpulan itu mengumumkan taat setia kepada kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis)

LONDON: Satu rakaman video yang memaparkan majlis perarakan memperlihatkan kenderaan baru 'polis' milik kumpulan yang mengelarkan diri mereka Ansar al-Sharia di bandar Benghazi, Libya kini telah dimuatnaikkan di internet serta pelbagai laman sosial sebagai menunjukkan kekuatan dan taat setia kepada perjuangan Isis.

Rakaman itu menunjukkan sekumpulan kereta baru Toyota Land Cruisers yang dicat dengan warna hitam dan bendera Isis berarak mengelilingi bandar Benghazi, iaitu bandar kedua terbesar Libya selepas ibu negara itu Tripoli.

Kumpulan yang bertanggungjawab memuatnaikkan video itu mendakwa ia adalah kereta baru 'Polis Isis' di Benghazi.

Perarakan itu berlangsung tanpa halangan oleh pihak berkuasa tempatan sekaligus memberi gambaran yang bandar Benghazi telah jatuh ke tangan militan Isis.

Hanya beberapa hari yang lalu, kumpulan yang sama mengaku bertanggungjawab menyembelih 21 warga Kristian Mesir yang mereka culik di merata tempat di Libya.

Libya yang bertentangan dengan Itali, Greece dan Turki yang hanya dipisahkan oleh Laut Mediterranean kini menjadi ancaman terbaru Eropah dan negara berdaulat yang lain ekoran perkembangan terkini ini.

Pemimpin Isis, Abu Bakr al-Baghdadi telah melantik Ali Al-Qarqaa sebagai Amir Libya mewakili Isis.

Sebahagian besar warga Libya yang telah meninggalkan negara itu untuk berjuang di Iraq dan Syria kini telah kembali ke negara mereka untuk membentuk rangkaian Isis di sana.

Tiga tahun selepas kejatuhan Kolonel Muammar Gaddafi sebagai pemimpin Libya, satu demi satu bandar kecil negara itu telah menyerah diri kepada kumpulan militan.

Tiga kumpulan militia utama Libya ialah Ansar al-Sharia, Libya Dawn dan Islamic Youth Shura Council. Ketiga-tiga kumpulan ini telah menyatakan taat setia kepada Isis.

Isis kini mensasarkan Libya sebagai hub utama mereka di benua Afrika.

Mereka mengambil kesempatan di atas perpecahan antara Kerajaan rasmi Libya yang dibentuk selepas kejatuhan Gaddafi dengan Kongres Umum Nasional.

Pentadbiran kerajaan Libya kini telah berundur ke bandar Tobruk, yang bersempadan dengan Mesir manakala Kongres Umum Nasional masih kekal berkuasa di Tripoli.

Selain Benghazi, Isis telah mengambil alih sebahagian besar bandar-bandar yang mengadap Laut Mediterranean seperti Nofaliya, Derna dan Sirte.

Sejak 21 rakyatnya disembelih oleh kumpulan militan di bandar Sirte Isnin lalu, Mesir telah melancarkan serangan udara bertubi-tubi di kawasan persembunyian Isis.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan