Ahli IS Warga Australia Sembelih Pengintip

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 8:40 AM

(Ubah saiz teks)

DUA militan Negara Islam (IS) warga Australia paling dikehendaki dikesan muncul di dalam satu klip video yang menyaksikan seorang tahanan disembelih.

Dalam video tersebut, anggota IS yang berasal dari Sydney, Khaled Sharrouf yang kini berjambang dan berambut panjang - memegang pisau telah menyembelih seorang lelaki yang didakwanya sebagai pengintip.

Menerusi video itu juga, seorang lagi warga Australia yang dikesan ialah Mohamed Elomar - berdiri bersama ahli IS yang lain sambil memegang senjata.

Sharrouf dan Elomar menyertai IS pada 2013 dan membantu kumpulan tersebut berperang di Syria dan Iraq, sebelum Polis Persekutuan Australia mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka pada 2014.

Sharrouf dilapor meninggalkan Australia pada 2013 menggunakan pasport abangnya, sebelum isteri, Tara Nettleton bersama lima anak (gambar) turut mengikut jejak lelaki terbabit.

Sharrouf dan Elomar terdiri daripada 100 warga Australia yang menyertai IS untuk menguasai sebahagian Iraq dan Syria.

Tags / Kata Kunci: Negara Islam , IS

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan