38 Terbunuh Dalam Serangan Boko Haram

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 10:56 AM

Abu Bakar Shekau

(Ubah saiz teks)

KANO: Seramai 38 orang terbunuh apabila kumpulan militan Boko Haram melakukan serangan berani mati di timur laut Nigeria di sini pada Selasa, sebagai usaha mengganggu proses pilihan raya yang bakal berlangsung kurang enam minggu lagi.

Kumpulan pemberontak tersebut sebelum ini berjaya menangguhkan pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada 14 Februari ke tarikh baru iaitu 28 Mac.

Bagaimanapun Boko Haram mengadakan gelombang serangan baru selepas Nigeria berpakat dengan Chad, Niger dan Cameroon untuk memerangi kumpulan berkenaan.

"Pilihan raya ini tidak akan diadakan walaupun kami mati, " kata pemimpin Boko Haram, Abu Bakar Shekau dalam video yang didedahkan menerusi laman sosial Twitter.

Sebelum ancaman itu dikeluarkan oleh Bokok Haram, Presiden Niger, Mahamadou Issoufou berikrar bahawa negara itu akan berusaha menamatkan Boko Haram selepas lebih 13,000 nyawa terkorban selama ini.

Ketegasan itu disuarakan selepas Boko Haram berjaya membuktikan kemampuan menguasai sebahagian besar Nigeria dalam tempoh yang singkat.

Tags / Kata Kunci: Boko Haram

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan