Balas Dendam: Mesir Serang Libya

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 11:04 AM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Mesir melancarkan serangan udara di Libya dengan menyasarkan kumpulan Negara Islam (IS) bagi membalas dendam terhadap tindakan militan itu menyembelih 21 rakyatnya yang beragama Kristian.

Mesir berkata, campur tangan tegas dari pihak lain turut diperlukan ketika ini manakala Perancis meminta Majlis Keselamatan PBB mengambil langkah baru dalam menangani IS.

Gambar sasaran yang berjaya diletupkan didedah oleh Mesir.

Menerusi serangan udara itu, Mesir dilapor telah memulakan pertempuran baharu dengan IS selepas bertempur dengan kumpulan berkenaan di Sinai sejak bekas Presiden, Mohamed Morsi digulingkan pada Julai 2013.

Dalam pertempuran di Sinai, berpuluh-puluh tentera Mesir dan pejuang IS dilaporkan terkorban.

Serangan udara yang menyasarkan gudang senjata dan kem pejuang itu dimulakan selepas beberapa jam video penyembelihan rakyat Mesir dimuat naik ke laman web IS.

Tentera Udara Libya mendedahkan, seramai 50 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan itu manakala pihaknya turut melancarkan serangan terhadap IS.


 



Tags / Kata Kunci: Mesir , Libya , IS

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan