Mangsa Rogol Bunuh Diri Sehari Selepas Polis Gugur Kes

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 4:39 PM

Kylie ditemui menggantung diri selepas dakwaan dia dirogol digugurkan polis.

(Ubah saiz teks)

IBU kepada seorang anak membunuh diri sehari selepas polis menggugurkan siasatan terhadap dakwaan dia dirogol oleh seorang pesalah jenayah seks di salah sebuah klinik dibawah Perkhidmatan Kesihatan Nasional Britain (NHS).

Kylie Payne, 23, menjalin hubungan dengan lelaki tersebut apabila dia dimasukkan ke dalam wad di unit pesakit mental untuk menjalani rawatan tekanan perasaan.

Mahkamah memberitahu doktor menyedari hubungan mereka tetapi tidak memberi amaran kepada Kylie mengenai sabitan jenayah yang dilakukan lelaki tersebut atas faktor kerahsiaan.

Ibu Kylie, Sheila berkata dia terkejut apabila anak perempuannya itu memberitahu kakitangan di klinik terbabit bahawa dia dirogol.

"Saya amat marah dengan klinik tersebut. Lelaki yang melakukan jenayah itu tidak sepatutnya ditempatkan di klinik yang mempunyai pesakit wanita," kata Sheila.

Sheila, 42, memberitahu dia kecewa apabila mengetahui anaknya telah membunuh diri apabila dakwaannya tidak diendahkan polis.

"Kylie perlukan keadilan," katanya.

Kylie menerima rawatan di Meadowlands, sebahagian daripada Klinik Norvic di Thorpe St Andrew, Norfolk, apabila lelaki tersebut dimasukkan ke wad tersebut pada Disember 2011.

Menerusi prosiding inkues yang didengar pada minggu lalu, Kylie memberitahu kakitangan di hospital terbabit bahawa dia dirogol oleh lelaki tersebut pada sambutan Hari Krismas.

Klyie akhirnya mendapati enam minggu kemudian siasatan polis digugurkan kerana kekurangan bukti.

Dia menulis nota bunuh diri sehingga menyebabkan wanita tersebut diletakkan dibawah pemerhatian.

Kylie yang berasal dari Lowestoft, Suffolk, ditemui mati menggantung diri di dalam biliknya di klinik tersebut selepas ditinggalkan tanpa pengawasan selama 20 minit.

Tags / Kata Kunci: rogol , bunuh diri

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan