Ibu Tinggalkan Dua Anak Bersendirian Di Rumah Untuk Melancong

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2015 10:05 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG ibu meninggalkan dua anaknya bersendirian di rumah untuk pergi menikmati percutian di luar negara selama tiga minggu.

Dua anaknya dengan salah seorangnya berusia di bawah 10 tahun, dibiarkan menjaga diri mereka sendiri ketika dia ke luar negara untuk bercuti, lapor akhbar Manchester Evening News.

Kanak-kanak itu dipercayai masih ke sekolah ketika ditinggalkan oleh ibu mereka.

Wanita itu yang berasal dari Greater Manchester, ditahan sebaik sahaja pulang ke United Kingdom (UK) kerana disyaki mengabaikan anak-anaknya.

Difahamkan rumah yang didiamai ibu dua beranak itu tidak terurus apabila kanak-kanak itu ditemui tanpa makanan, tiada pemanasan dan gas.

Khidmat sosial mengesahkan bahawa dua anak wanita itu kini dijaga oleh ibu bapa angkat.

Difahamkan wanita terbabit tidak bercadang untuk pulang lebih awal tetapi terpaksa berbuat demikian selepas diminta oleh pihak polis dan pegawai khidmat sosial yang menyiasat kes kanak-kanak itu ditinggalkan bersendirian. - mirror.co.uk

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan