Video Bapa Ikat Bayi Pada Stereng Kereta Dihentam Hebat

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

TAIWAN: Apa agaknya yang difikirkan oleh lelaki ini apabila dia mengikat bayi kecil yang berusia sebulan ke stereng kereta dan kemudiannya menggerakkan steering tersebut. Adakah dia fikir ia satu gurauan? 

Dalam rakaman video berdurasi 15 saat itu, ayah bayi berkenaan, Yong Liao, 39, dilihat memusingkan stereng dengan perasaan gembira selepas mengikat bayinya pada stereng kereta yang dipandunya. 

Lebih malang ibu kepada bayi, Xia Lung sempat merakamkan aksi yang disifatkan sebagai gurauan dan kemudiannya memuat naik rakaman video tersebut ke laman sosial hingga mengundang kemarahan orang ramai.

Kejadian itu berlaku ketika dia berada di stesen minyak di Miao. Selepas tindakan mereka dikritik oleh orang ramai, barulah wanita berkenaan membuang video itu dari internet.

Meskipun berdepan dengan kemarahan orang ramai, namun jabatan kebajikan memaklumkan tiada tindakan akan diambil terhadap pasangan tersebut.

Ini kerana ia tidak menunjukkan bahawa ibu bapa bayi tersebut mendatangkan kecederaan kepada bayi berkenaan.

“Berdasarkan video ini, tidak kelihatan berlaku penderaan kanak-kanak namun apa yang boleh dikatakan ialah ibu bapa budak ini adalah contoh buruk kepada ramai serta aktiviti berkenaan adalah bahaya,’’ kata pengarah jawatankuasa penambahbaikan kanak-kanak, Wang Wei Jun.  -metro.uk

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan