Minggu Fesyen NY Tampil Model Sindrom Down Buat Pertama Kali

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 2:02 PM

Jamie Brewer. -foto Jeff Vespa/WireImage

(Ubah saiz teks)

JAMIE Brewer akan mencipta sejarah dalam dunia fesyen apabila beliau menjadi model Sindrom Down pertama yang akan memperagakan pakaian di Minggu Fesyen New York, Jumaat.

Aktres American Horror Story itu bakal membuat kemunculan pertama kali dengan melakukan 'catwalk' untuk pereka Carrie Hammer, dalam salah satu pertunjukan pertama minggu fesyen ini yang padat sepanjang minggu.

Brewer yang juga jurucakap bagi kumpulan Sindrom Down, tidak sabar untuk memulakan peragaannya.

Beliau memberitahu Today: "Wahai gadis dan wanita muda...(lihat saya) dan berkatalah "hey, jika dia boleh melakukannya, sudah tentu saya juga boleh melakukannya" sambil menambah "menjadi 'role model' untuk mana-mana wanita muda bagi (memberikan galakan) menjadi diri sendiri dan menunjukkan siapa diri mereka yang sebenar adalah satu inspirasi sebenar.

Brewer akan menggayakan dress yang menjadi sebahagian daripada kempen Role Models Not Runway Models oleh Hammer yang dimulakan ketika pereka tersebut buat kali pertama muncul di Minggu Fesyen New York tahun lalu.

Apabila namanya dicadangkan, beliau menggunakan seorang 'role model' dan bukannya model catwalk untuk mempamerkan rekaannya. Persembahannya, AW14, menampilkan seorang ahli terapi dan doktor seks, Danielle Sheypuk yang duduk di kerusi roda.

Untuk Brewer yang akan melakukan 'catwalk' buat pertama kali, Hammer berkata beliau telah mencipta dress, ilham daripada karektornya dalam American Horror Story.

"Ia sungguh mengagumkan, benar-benar kemas," kata Brewer.

"Ramai wanita mempunyai banyak sisi dalam keperibadian mereka dan pakaian ini sesuai...dengan saya. Saya amat berbesar hati dapat memakainya."

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan