Pemandu Itali dan Greek Paling Semberono Di Eropah

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 4:39 PM

Pemandangan lebuh raya di Sepanyol.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Itali, negara yang mencipta kereta mewah Ferrari, pada masa yang sama turut melahirkan pemandu paling semberono di Eropah, demikian menurut satu tinjauan yang dijalankan baru-baru ini.

Warganegara Greek pula dikategorikan sebagai pemandu paling biadap di Eropah.

Seramai lebih 10,000 orang telah ditanya pandangan mereka mengenai kesopanan pemanduan di jalan raya di sekitar benua Eropah dan daripada jumlah tersebut, 38 peratus daripada mereka beranggapan pemandu Itali memandu secara berbahaya.

Tinjauan itu dijalankan oleh operator lebuh raya Perancis, Vinci.

Pemandu Greek berada di tangga kedua dengan 20 peratus daripada mereka mengaku sebagai pemandu yang tidak bertanggungjawab.

Lebih menakjubkan, tinjauan itu turut mendedahkan yang 56 peratus warga Eropah yang ditemubual mengaku pernah menjadi pembuli jalan raya dengan menghina pemandu-pemandu yang lain dan 74 peratus pemandu Greek mengaku memiliki sikap yang sama di atas jalan.

Ini sekaligus memberi reputasi yang buruk dan negatif ke atas penduduk-penduduk di Selatan Eropah sebagai kumpulan pemandu yang semborono dan biadap.

Sebaliknya, pemandu dari kalangan warga Sweden dilihat sebagai warga Eropah yang paling bertanggungjawab di jalan raya dengan 37 peratus responden mengakuinya sebagai benar manakala 27 peratus responden menyatakan pemandu dari Jerman dan diikuti oleh pemandu British serta Belanda.

Sebanyak 10 negara Eropah mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut iaitu Belgium, Britain, Perancis, Jerman, Greece, Itali, Belanda, Poland, Sepanyol dan Sweden.

Tags / Kata Kunci: Vinci , Itali , Greek , Ferrari

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan