Keluarga Tuntut Siasat Kes Bunuh Tiga Pelajar Islam Bermotif Kebencian

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 12:52 PM

Namee Barakat bersama isteri, Layla (kanan) dan Suzanne selepas tiga ahli keluarga mereka ditembak mati pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

CHAPEL HILL (Amerika Syarikat): Walaupun siasatan awal mendapati pembunuhan tiga pelajar Islam di blok pangsapuri di Summerwalk Circle di sini pada Selasa kerana pertikaian tempat meletak kereta, ahli keluarga mangsa tetap mahu siasatan dan pendakwaan dilakukan menjurus kepada jenayah kebencian.

Tiga sekeluarga yang menemui ajal itu masing-masing, Deah Shaddy Barakat, 23, isterinya, Yusor Mohammad Abu-Salha, 21, serta adik iparnya, Razan, 19.

Polis percaya, Craig Stephen Hicks, 46 yang juga jiran keluarga itu di pekan berhampiran Universiti North Carolina bertanggungjawab melakukan jenayah itu.

Hicks yang berfahaman atheist menyerah diri di balai polis dan dihadapkan ke mahkamah dengan tiga tuduhan membunuh.

"Kami faham kebimbangan kejadian ini bermotifkan kebencian dan kami memberi jaminan akan meneliti setiap aspek dalam kes ini," kata Ketua Polis Chapel Hill, Chris Blue.

Bagi Mohammad Abu Salha yang juga bapa kepada Yusor menganggap kejadian itu berlaku kerana tidak berpuas hati dengan anak dan menantunya.

"Ia bukan kerana pertikaian tempat letak kereta, tetapi jenayah kebencian. Sudah lama dia bencikan mereka, sebelum membawa senjata ke kediaman mereka," katanya yang juga seorang psikiatri.

Dalam kejadian pada 5 petang (waktu tempatan) pada Selasa, Deah menjadi mangsa apabila mati ditembak di kepala, begitu juga isteri yang dinikahinya dua bulan lalu serta adik ipar perempuannya.

Tiga sekeluarga yang maut ditembak, Deah, Yusor dan Razan.

Menurut laporan The Independent, polis di Chapel Hill menerima laporan kejadian tembakan di sebuah blok pangsapuri di Summerwalk Circle.

Semua mangsa ditemui mati di tempat kejadian, namun penduduk berhampiran memaklumkan mereka tidak menyedari berlaku insiden tembakan sehingga polis tiba di lokasi kejadian.

Deah adalah mahasiswa jurusan pergigian di Universiti Carolina Utara dan sukarelawan yang membantu memberi khidmat pergigian kepada kanak-kanak Palestin dan pelarian.

Susulan kejadian itu, ‘hashtag’ #ChapelHillShooting dihasilkan dan ramai yang bersimpati dengan nasib tiga sekeluarga itu.

Kakak Deah, Suzanne Barakat yang mengakui mereka masih terkejut dengan kejadian itu tetap menuntut keadilan ke atas kematian keluarganya.

"Kami menuntut pihak berkuasa menyiasat pembunuhan sia-sia dan ngeri ini sebagai jenayah benci," katanya.

Bagaimanapun, isteri tertuduh, Karen Hicks mempertahankan suaminya apabila berkata insiden itu tiada kaitan dengan fahaman atau agama mangsa dan mengakui ia membabitkan isu tempat letak kereta.




iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan