Penentang Korupsi Nombor Satu India Menang Pilihan Raya Delhi

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 6:57 PM

Arvind Kejriwal menyambut kemenangannya dalam pilihan raya negeri Delhi yang berlangsung pada Selasa, 10 Februari 2015.

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi tewas teruk pada pilihan raya wilayah persekutuan India, iaitu Delhi kepada parti anti-korupsi Aam Aadmi (AAP) pimpinan Arvind Kejriwal.

Berikutan itu, Kejriwal akan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Delhi yang baru.

Modi menerima kekalahan dalam dewan undangan yang mempunyai 70 kerusi itu dengan mengucapkan tahniah kepada Arvind.

Malah beliau berjanji akan memberikan kerjasama penuh kepada AAP di dalam mentadbir wilayah ibu negara India itu.

Arvind Kejriwal, bekas pegawai pengutip cukai pernah menjadi ketua menteri Delhi pada 2013 tetapi hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja.

Dia telah meletakkan jawatannya sebagai ketua menteri setelah pembentangan rang undang-undang untuk memperkukuhkan undang-undang korupsi tidak mendapat sokongan daripada parti-parti lain dalam dewan undangan negeri Delhi.

Sejak perletakkan jawatannya Februari tahun lalu, Delhi diperintah oleh kerajaan pusat secara sementara.

Bagaimanapun dalam pilihan raya umum India yang berlangsung Mei tahun lalu, Parti AAP pimpinan Kejriwal kalah teruk di tangan BJP.

Kini kemenangannya di Delhi memberi tamparan hebat ke atas Modi yang menang besar dalam pilihan raya kebangsaan tahun lalu.

Sehingga jam 6 petang Selasa, AAP telah memenangi 60 daripada keseluruhan 70 kerusi.

BJP hanya menang tiga kerusi sahaja manakala Parti Kongres India yang pernah menguasai dan memerintah Delhi selama 15 tahun sehingga 2013 gagal memenangi walau satu kerusi pun.

"Ini adalah negeri yang mana sang kaya dan sang miskin akan berasa bangga...," ujar Kejriwal.

Kelas menengah dan bawahan yang merupakan 60 peratus daripada jumlah penduduk Delhi adalah penyokong kuat Kejriwal.

Dalam usahanya untuk menarik undi, BJP telah meletakkan bekas pegawai tinggi polis wanita pertama negara itu, Kiran Bedi sebagai calon ketua menteri seandainya mereka menang.

Bedi dan Kejriwal pada mulanya adalah sekutu rapat tetapi kemudiannya hubungan mereka menjadi renggang atas beberapa isu berkaitan kempen anti-rasuah.

Pada pilihan raya negeri Disember 2013, BJP memenangi kebanyakan kerusi tetapi tidak mencukupi untuk membentuk majoriti mudah. AAP yang berakhir sebagai parti kedua paling banyak kerusi telah bersekutu dengan Parti Kongres untuk membentuk kerajaan negeri campuran.

Kejriwal bagaimanapun meletakkan jawatan pada 14 Februari 2014 - hanya selepas 49 hari menjadi ketua menteri - setelah BJP menyekat rang undang-undang korupsi bagi membolehkan sebuah badan bebas dibentuk untuk menyiasat ahli politik atau penjawat awam yang disyaki hidup di luar kemampuan mereka.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan