19 Penyokong Bola Sepak Maut Bertempur Dengan Polis

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 3:39 PM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Seramai 19 orang didakwa terbunuh selepas penyokong sebuah pasukan bola sepak di negara ini bertempur dengan pihak berkuasa di luar Stadium.

Bagaimanapun sebuah akhbar tempatan yang dikawal pemerintah, Al-Ahram pula mendakwa seramai 30 orang terbunuh dalam kejadian.

Pertempuran itu dipercayai berlaku ketika menjelang perlawanan melibatkan pasukan Zamalek menentang ENPPI.

"Mereka bermula dengan menjat pagar untuk memasuki stadium. Bagaimanapun akibat 10 penyokong telah cedera kerana dihalang polis, kumpulan berkenaan berlari ke arah jalan dan menyekat bas membawa pemain Zamalek.

"Mereka turut membakar sebuah kereta polis. Menurut laporan yang diperolehi, kematian berpunca daripada rempuhan," jelas Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

Tags / Kata Kunci: Mesir , Kaherah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan