Marwan Rancang Lancar Serangan Bom Konvoi Pope Francis

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 5:46 PM

Marwan disahkan maut dalam satu operasi polis komando di Mamasapano.

(Ubah saiz teks)

MANILA: Kumpulan Jemaah Islamiyah yang mempunyai hubungan dengan rangkaian Al-Qaeda, menerusi pengganas warga Malaysia, Marwan merancang untuk melancarkan serangan bom semasa konvoi ketibaan Pope Francis di Manila pada malam 18 Januari lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Polis Getulio Napenas Jr di dalam satu kenyataan awal semasa pendengaran Senat mengenai insiden di Mamasapano, Maguindanao yang menyebabkan 44 komando polis terkorban.

"Baru-baru ini semasa lawatan Pope ke Filipina, kami mendapat maklumat bahawa Jemaah Islamiyah yang diketuai Marwan telah merancang untuk melancarkan serangan bom dalam satu konvoi meraikan kehadiran Pope itu di Manila pada 18 Januari lalu.

"Laporan tersebut tidak disahkan mahupun dinafikan atau diakui oleh PNP tetapi hakikatnya maklumat tersebut wujud," katanya.

Marwan dilaporkan sebagai pakar dalam membuat bom dan peranti bahan letupan yang diubah-suai termasuk bom yang diletupkan dari jarak jauh dengan hanya  menggunakan telefon bimbit.

Semasa lawatan lima hari itu, Pope Francis ke Filipina, atas permintaan kerajaan, rangkaian telekomunikasi di beberapa lokasi yang dikunjungi beliau dihentikan.

Marwan atau nama sebenarnya Zulkilfi bin Hir antara pengganas yang dilaporkan terbunuh dalam satu operasi polis pada 25 Januari lalu di Mamasapano di mana tentera SAF turut maut.

Napenas juga berkata isteri Marwan merupakan balu kepada ketua Abu Sayyaf, Khadafi Janjalani yang telah meninggal dunia.


Tags / Kata Kunci: Marwan , Pope Francis , Manila , bom

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan