Anggota Belot, IS Kekurangan Pengebom Berani Mati

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 10:42 PM

(Ubah saiz teks)

MILITAN Negara Islam (IS) kini berhadapan masalah kekurangan pengebom berani mati selepas puluhan penjuangnya sama ada meninggalkan kumpulan pengganas itu atau berpaling tadah.

Laporan daripada sumber dalaman Negara Islam dan Syria (ISIS) di Raqqa mendakwa pemberontakan di kalangan anggotanya menberi tamparan hebat kepada kumpulan militan itu yang kebanyakannya merekrut warga asing sebagai pejuang untuk operasinya.

Menurut aktivis anti-ISIS yang dikenali sebagai Raqqa Is Being Slaughtered Silently kebanyakan militan yang dipilih untuk menyertai operasi berani mati itu meninggalkan medan perang atau belot terhadap kumpulan pengganas itu.

Perkara ini timbul selepas ISIS dipaksa mengakui mengalami kekalahan dalam pertempuran di Kobane, utara Syria.

Militan IS mengibarkan bendera sebagai tanda mengaku kalah dalam serangan di Kobane baru-baru ini.

Serangan udara baru-baru ini juga mengorbankan pemimpin di kalangan pejuang ISIS dan menyebabkan ketuanya, Abu Bakr al-Baghdadi kini kekurangan komander berpengalaman.

Antara yang terkorban adalah bekas Leftenan Kolonel tentera Iraq, Abu Muslim al-Turkmani yang juga militan paling lama dalam perjuangan ISIS di Iraq.

Sumber dalaman itu juga memberitahu aktivis berkenaan mengenai tindakan ISIS melakukan sekatan jalan dan meningkatkan kawalan bagi memastikan pengebom berani mati mereka tidak meninggalkan kumpulan itu.

Pemimpin ISIS dikatakan memilih pejuang berani mati di kalangan warga asing kerana mereka ke Syria tanpa sebarang pengalaman untuk bertempur di medan perang, sekali gus tidak bernilai untuk tujuan ketenteraan.

Pada masa sama, ISIS juga mewujudkan pusat latihan khas di Syria untuk menempatkan pejuang warga asing yang tidak berpengalaman sebagai persediaan untuk menyertai operasi berani mati.

Sumber keselamatan yang bekerja dengan komuniti British beragama Islam untuk memerangi budaya ekstrim memberitahu MailOnline berkata, beliau maklum mengenai sebilangan pejuang British yang tidak bersedia untuk berhadapan realiti di Syria.

"Masalahnya golongan muda Islam British ke Syria dengan tanggapan mereka akan dilayan sama seperti anggota IS sehinggalah diarah menyertai operasi berani mati," katanya.

Pejuang IS warga British Abu Hajar al-Britani terkorban apabila menyertai operasi berani mati.

Bagaimanapun, kumpulan pemikir menentang ekstrimis, Charlie Winter memberitahu MailOnline, keadaan yang dihadapi ISIS ini tidak akan akan mematahkan semangat kumpulan itu.

"Kekalahan di Kobane tidak bermakna mereka akan berhadapan situasi sama di tempat lain," katanya sambil mengakui kumpulan itu sentiasa berhadapan risiko anggotanya meninggalkan perjuangan pada saat akhir.







Tags / Kata Kunci: IS , Raqqa , Kobane , Syria

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan