Dendam: Jordan Mulakan 56 Serangan Udara Terhadap IS

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 9:26 AM

(Ubah saiz teks)

JORDAN mengesahkan telah melakukan sebanyak 56 serangan udara terhadap kumpulan Negara Islam (IS) sebagai membalas dendam terhadap pembunuhan kejam juruterbangnya, Moaz al-Kasasbeh.

Ketua Pasukan Ketenteraan Jordan, Jeneral Mansour al-Jabour berkata, serangan selama tiga hari berturut-turut itu merupakan permulaan kempen serangan negara itu bagi membela kematian juruterbang berusia 26 terbabit.

Moaz al-Kasasbeh berjaya ditahan militan IS selepas pesawatnya dibom di Syria.

Pemuda itu kemudian dibakar hidup-hidup di dalam satu sangkar. Rakaman pembunuhan kejam berkenaan telah dimuat naik ke laman web kumpulan itu untuk tatapan masyarakat dunia.

"Kami telah mencapai kejayaan dalam apa yang sedang kami usahakan (membalas dendam untuk Moaz). Ini bukan pengakhiran tetapi permulaan," jelas Mansour.

Menurutnya lagi, serangan tersebut mensasarkan tempat penyimpanan senjata, pusat latihan, gudang dan kediaman anggota militan.

Tags / Kata Kunci: Jordan , IS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan