Siasatan Punca Nahas TransAsia Tumpu Kegagalan Enjin

Diterbitkan: Sabtu, 7 Februari 2015 12:34 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPEI: Kegagalan satu enjin pesawat TransAsia yang terhempas di Taiwan pada Rabu hingga mengorbankan 35 nyawa serta kemungkinan juruterbang mematikan satu lagi enjin menjadi tumpuan siasatan, menurut pakar dan penganalisis penerbangan.

Penemuan awal daripada kotak hitam pesawat itu dikeluarkan hari ini ketika terdapat laporan bahawa ketua juruterbang masih menggenggam alat kawalan pesawat ketika mayat beliau ditemui dalam kokpit.

Pentadbiran Penerbangan Awam (CAA) turut mendedahkan bahawa TransAsia Airways gagal mematuhi kira-kira satu per tiga keperluan peraturan yang dikenakan selepas satu lagi insiden pesawat terhempas tujuh bulan lalu di Pulau Penghu di Taiwan.

Kelmarin, pesawat ATR 72-600 buatan Perancis yang dilengkapi dua enjin turboprop Pratt & Whitney, terhempas ke sungai.

Menurut Majlis Keselamatan Udara Taiwan, enjin sebelah kanan pesawat berkenaan "mati" kira-kira dua minit selepas berlepas dari lapangan terbang di utara Taipei.

Pengarahnya, Thomas Wang, berkata isyarat amaran berbunyi dalam kokpit dan enjin sebelah kiri kemudian dimatikan secara manual oleh juruterbang atas sebab yang tidak diketahui.

"Juruterbang cuba menghidupkan semula kedua-dua enjin tetapi gagal. Ini bermakna ketika saat akhir penerbangan itu, kedua-dua enjinnya tiada sebarang daya tujahan. Kami mendengar 'Mayday' pada 10:54:35," katanya.

Wang berkata, adalah "tidak jelas" kenapa enjin sebelah kiri dimatikan secara manual.

"Kami tidak membuat sebarang rumusan," katanya.

Namun, penganalisis berkata juruterbang mungkin melakukan satu kesilapan.

"Mereka kelihatan mematikan enjin yang salah," kata Greg Waldron, pengarang penerbitan industri penerbangan Flightglobal.

"Enjin sebelah kanan mati tetapi ia tidak cukup menyebabkan pesawat terhempas kerana ATR direka untuk terbang dengan satu enjin," katanya.
Tags / Kata Kunci: TransAsia , Taipei , enjin

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan