Permaisuri Jordan Ziarah Isteri & Keluarga Leftenan Moaz

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2015 7:50 PM

Permaisuri Jordan, Puteri Rania cuba mententeramkan isteri kepada Allahyarham Moaz al-Kasasbeh yang mati dibakar oleh militan Isis dua hari yang lalu.

(Ubah saiz teks)

AMMAN: Permaisuri Rania dari Jordan, memeluk erat isteri kepada juruterbang Tentera Udara Diraja Jordan, yang mati dibakar oleh militan Isis sebaik sahaja baginda menziarahi keluarga tersebut di bandar Karak di Selatan negara itu pada Khamis.

Permaisuri Rania tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja dia memeluk Anwar Tarawneh dan mendengar cerita bagaimana isteri juruterbang itu mengetahui tentang kematian tragis suaminya melalui laman Facebook.

Anwar Tarawneh baru sahaja mendirikan rumahtangga dengan Leftenan Moaz al-Kasasbeh, 26, lima bulan yang lalu sebelum suaminya itu ditangkap oleh pejuang-pejuang Isis sebaik sahaja pesawatnya ditembak jatuh oleh mereka ketika misi pengeboman kubu Isis di utara Syria.

Sejurus sebelum pertemuan itu berlangsung, Kerajaan Jordan mengumumkan bahawa pesawat-pesawat pejuangnya telah melancarkan serangan balas ke atas kubu militan Isis.

Menteri Luar Jordan, Nasser Judeh memberi amaran ini hanyalah serangan permulaan dan Jordan akan mengorbankan apa jua yang mereka ada untuk membalas dendam ke atas kematian tragik warganya itu.

Ketika ditemuramah oleh akhbar Britain, The Independent, Tarawneh berkata dia menerima panggilan telefon daripada ibunya pada Selasa lalu berhubung kematian suaminya itu.

Suaminya telah menjadi tahanan Isis sejak lima minggu yang lalu selepas pesawatnya berjaya ditembak jatuh berhampiran bandar Raqqa, Syria iaitu kubu kuat militan Isis.

"Apabila saya membuka laman facebook menggunakan telefon saya, baru saya sedar yang suami saya telah meninggal dunia dibakar oleh Isis,' ujarnya.

Dia juga menceritakan bagaimana suaminya itu berasa gundah gelana pada hari dia menyertai misi pengeboman kubu militan Isis di Raqqa.

"Moaz mengharapkan hari itu (24 Disember 2014), misi mereka akan dibatalkan kerana kabus tetapi itu tidak berlaku dan dia menyatakan kepada saya yang dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena akan berlaku...saya berasa tidak sedap hati kerana dia tidak pernah berkata seperti itu sebelum ini," tambahnya lagi.

Dan beberapa jam kemudian, pesawat canggih F-16 yang dipandu Moaz ditembak jatuh oleh pejuang-pejuang Isis berhampiran Raqqa. Sejak itu dia berjaya ditangkap dan ditahan sebagai tebusan.

Pada mulanya, kumpulan militan itu berjanji yang mereka akan membebaskan Moaz sebagai pertukaran dengan pengebom berani wanita mereka Sajida al-Rishawi, yang ditahan oleh Jordan sementara menunggu hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya pada 2005.

Jordan cuba berunding menggunakan pemimpin-pemimpin kabilah di sempadan Iraq.

Bagaimanapun dua hari lalu, Isis memuat naikkan video yang menunjukkan mereka membakar Moaz yang dikurung di dalam kandang besi dan kemudian dicurahkan dengan minyak dan kemudian dibakar hidup-hidup.

Sementara itu, stesen televisyen Jordan turut menyiarkan rakaman lawatan Raja Abdullah ke kampung keluarga Moaz.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan