Jumlah Kematian Nahas TransAsia Airways Kini 31 Orang

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 11:10 AM

Bangkai pesawat TransAsia Airways. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

TAIPEI: Jumlah kematian dalam nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas di sebuah sungai di sini, meningkat kepada 31 orang, kata pegawai Taiwan pada Khamis.

Beliau berkata, angka kematian mungkin akan meningkat berikutan 12 orang masih lagi hilang.

Pesawat TransAsia GE235 yang membawa 58 penumpang dan anak kapal terhempas sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang Taipei pada pagi Rabu.

Pentadbiran Aeronautik Awam Taiwan (CAA) berkata, 15 orang terselamat dalam nahas itu. Tiga daripada mereka terselamat merupakan peserta dari kumpulan 31 pelancong dari tanah besar China.

CAA berkata, juruterbang dan pembantu juruterbang yang membawa pesawat ATR 72-600 itu merupakan antara yang maut.

TransAsia Airways diasaskan pada 1951 dan merupakan pesawat persendirian Taiwan yang pertama. - REUTERS

Tags / Kata Kunci: TransAsia Airways

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan