Pesawat Taiwan Terhempas, 11 Dikhuatiri Terbunuh

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 12:56 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

TAIWAN: Sebuah pesawat penerbangan komersial Taiwan yang membawa 53 penumpang terhempas di Taipei pada pagi Rabu.

Pasukan penyelamat sedang berusaha membawa keluar kira-kira 30 mangsa yang masih terperangkap di dalam bangkai kapal terbang berkenaan.

Hingga kini dikhuatiri sekurang-kurangnya 11 terbunuh.

Sebelum ini Central News Agency Taiwan berkata sekurang-kurangnya 10 orang berjaya diselamatkan.

Bagaimanapun nasib penumpang dan anak kapal yang lain pesawat TransAsia Airways itu masih belum diketahui.

Tags / Kata Kunci: TransAsia Airways

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan