Taiwan Ketuai Siasatan Nahas Pesawat TransAsia -ATR - Berita Dunia | mStar

Taiwan Ketuai Siasatan Nahas Pesawat TransAsia -ATR

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 11:39 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Syarikat pengeluar pesawat Perancis (ATR) telah mengesahkan bahawa sebuah pesawat ATR 72-600 yang digunakan oleh TransAsia Airways, Taiwan terlibat dalam nahas pada Rabu.

Nahas udara itu berlaku pukul 10.45 pagi (waktu tempatan) dekat lapanganTerbang Songshan di Taiwan.

Dalam satu kenyataan Rabu dari Toulouse, Perancis, ATR berkata penerbangan GE235 mengadakan operasi antara Taipei dan Kinmen dengan membawa 58 orang.

Pesawat itu, yang didaftarkan di bawah B-22816, ialah MSN (Manufacturing Serial Number) 1141.

Pada ketika ini, punca nahas belum diketahui dan masih dalam siasatan.

ATR berkata Majlis Keselamatan Penerbangan Taiwan akan mengetuai siasatan dan akan menjadi sumber rasmi maklumat.  

Menurut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), ATR akan menasihatkan Bureau d’Enquêtes et Analyses (BEA), pihak berkuasa keselamatan Perancis, yang mewakili syarikat pengeluar pesawat.

ATR merakamkan simpati yang mendalam kepada keluarga, rakan-rakan dan mereka yang terlibat dalam nahas itu.

Laporan awal menyebut 23 orang terkorban selepas pesawat TransAsia Airways penerbangan GE235 terjunam ke dalam Sungai Keelung sejurus setelah berlepas dari Lapangan Terbang Songshan. 

Sekurang-kurangnya 15 orang dipercayai terselamat manakala 20 lagi masih hilang. 

Tags / Kata Kunci: TransAsia Airways , ATR 72-600
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan