Tony Abbott Tidak Akan Letak Jawatan - Berita Dunia | mStar

Tony Abbott Tidak Akan Letak Jawatan

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 4:55 PM

Tony Abbott

(Ubah saiz teks)

CANBERRA: Perdana Menteri Australia, Tony Abbott pada Isnin berkata beliau tidak akan meletak jawatan walaupun menerima tekanan selepas dikecam kerana keputusan kontroversi menamakan Putera Britain, Philip sebagai perwira.

Philip yang juga suami kepada Ratu Elizabeth II menerima anugerah Knight of the Order of Australia iaitu gelaran tertinggi dalam pentadbiran di Australia.

Apabila ditanya pemberita sama ada beliau akan mempertimbangkan untuk meletak jawatan, Abbott berkata: "Tidak".

Bagaimanapun Abbott mengakui mungkin beliau agak 'keterlaluan' dalam isu pemberian anugerah tersebut.

Tags / Kata Kunci: Tony Abbott
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan