Jangan Benci Anak Saya, Rayu Ibu Goto

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 10:00 AM

Rakyat Jepun menyaksikan siaran televisyen mengenai tragedi yang menimpa Kenji Goto.

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Ibu Kenji Goto, wartawan perang yang mati selepas lehernya dipenggal kumpulan militan Negara Islam (IS) berharap rakyat Jepun tidak membenci anaknya.

Junko Ishido yang begitu sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu secara terbuka memohon kepada semua pihak di negara itu untuk tidak memandang serong terhadap anak lelakinya itu.

"Ada sesetengah pihak mengecam tindakan Goto ke Syria hingga menyebabkan dia diculik," kata wanita berusia 78 tahun itu.

Malahan, dia masih berpegang kepada pendirian Goto yang mahu mewujudkan masyarakat tanpa perang dan menyelamatkan nyawa kanak-kanak daripada konflik serta kemiskinan.

“Saya berharap kita dapat menunaikan hasrat Goto itu," katanya.

Nyawa warga Jepun kedua yang berakhir di tangan anggota pengganas itu disiarkan menerusi rakaman video yang dimuat naik di Internet.

Goto, 42, adalah warga Jepun kedua dibunuh militan IS selepas tuntutan mereka untuk mendapatkan wang pembebasan bernilai AS$200 juta (RM726.7 juta) tidak ditunaikan Tokyo.

Sebelum ini, IS memancung rakan Goto, Haruna Yukawa pada atau sebelum 24 Januari lalu.

Selain menuntut wang bagi pembebasan Haruna dan Goto, IS juga mengugut Jordan dengan mengancam membunuh seorang juruterbang tentera udara negara itu, Muath al-Kaseasbeh, jika tidak membebaskan Sajida al-Rishawi - wanita warga Iraq yang ditangkap kerana cuba meletupkan dirinya di sebuah hotel.

Setakat ini belum diketahui nasib Muath dan Sajida.

IS memberi dua tempoh akhir kepada Tokyo untuk menunaikan tuntutan mereka.

Sementara itu bapa Haruna, Shoichi Yukawa, 74, memberitahu media, dia amat sedih dengan kematian Goto.

“Saya tahu Goto ke Syria untuk menyelamatkan anak saya. Saya benar-benar bersimpati terhadap keluarganya. Dia seorang yang dihormati,” katanya.


Tags / Kata Kunci: Kenji Goto , IS , Syria , Haruna Yukawa

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan