Pro-Demokrasi Kembali Tunjuk Perasaan Di Hong Kong

Diterbitkan: Ahad, 1 Februari 2015 3:58 PM

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: Beribu-ribu penunjuk perasaan pro-demokrasi kembali berkumpul di jalanan di bandaraya Hong Kong pada Ahad.

Ini adalah perhimpunan pertama selepas yang terbesar berlansung selama lebih daripada dua bulan sebelum ini.

Bagaimanapun kumpulan protes yang memakai pakaian berwarna kuning itu tidak mengumumkan bahawa mereka akan 'menawan' semula bandar Hong Kong seperti sebelum ini.

"Perhimpunan ini bertujuan menyeru orang ramai supaya menyertai pergerakan demokrasi," kata penganjur, Daisy Chan kepada AFP.

Sebelum ini tunjuk perasaan bermula pada lewat September dan berlangsung selama lebih daripada dua bulan selepas bertahun-tahun berlakunya perselisihan mengenai proses pemilihan pemimpin.

Tags / Kata Kunci: Protes Hong Kong

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan