Anak Penyanyi Whitney Houston Pengsan Dalam Tab Mandi

Diterbitkan: Ahad, 1 Februari 2015 10:56 AM

Bobbi Kristina Brown dan suaminya, Nick Gordon.

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Anak perempuan mendiang penyanyi Whitney Houston dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam tab mandi di rumahnya.

Insiden itu menyamai kes kematian tragis ibunya yang dijumpai mati dalam tab mandi.

Bobbi Kristina Brown, 21, ditemui oleh suaminya dan seorang rakan di rumahnya di Roswell iaitu kira-kira 35 kilometer ke utara Atlanta, kata jurucakap Jabatan Polis Roswell, Lisa Holland.

"Dia masih hidup dan bernafas, namun perkembangan keadaannya pada masa ini saya tidak tahu.

"Penyiasat kini berada di hospital dan rumahnya," kata Holland dalam satu sidang media.

Sementata itu The TMZ.com, laman web berita hiburan berkata suami Brown, Nick Gordon dan rakan mereka melakukan CPR di tempat kejadian selepas menemui mangsa.

Whitney Houston meninggal dunia pada Februari 2012 selepas dia ditemui dalam tab mandi di Beverly Hilton Hotel di Los Angeles pada acara tahunan Anugerah Grammy.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan