Diplomat Britain Digantung Tugas Akibat Hubungan Sulit Dengan Banduan

Diterbitkan: Ahad, 1 Februari 2015 11:21 AM

Hubungan sulit Harahap (kiri) dan Ponder terputus selepas ia didedahkan pihak media dan Harahap digantung tugas.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Banduan kes dadah warga British yang dikenali sebagai Mr Big Bali akhirnya mengakui jatuh cinta dengan diplomat negaranya, Alys Harahap dan mendakwa ibu kepada dua cahaya mata itu sedia meninggalkan keluarga untuk bersamanya.

Bukti terbaharu mengenai hubungan sulit pasangan itu didedahkan pada Sabtu malam menerusi temu bual di penjara Kerobokan yang menempatkan Julian Ponder atas kesalahan menyeludup dadah.

"Kami jatuh cinta begitu cepat sekali dan saya mencintainya sepenuh hati, malah sedia mengahwininya.

"Alys juga setuju untuk meninggalkan suaminya kerana itu satu-satunya cara untuk meneruskan hubungan kami. Saya memang mencintainya," katanya lagi.

Pengakuan itu juga membawa kepada penggantungan tugas Harahap sebagai wakil konsul Britain di Bali.

Pada April tahun lalu, mereka pernah 'ditangkap' ketika bercumbuan dalam penjara ketika wanita berusia 31 tahun itu mengunjunginya hampir setiap hari dengan alasan ia pertemuan atas tugas rasmi.

Ketika insiden itu, warden penjara yang menjalankan rondaan rutin ternampak wanita yang berkahwin dengan warga Indonesia itu sedang berpelukan dan bercium dengan Ponder yang juga ketua sindiket penyeludupan dadah di Bali dalam sel yang diasingkan daripada banduan lain selepas dia terbabit dalam pergaduhan.

Harahap yang berkelulusan Cambridge dan University College London itu dikatakan sering kali mengunjungi teman lelakinya itu dan menghabiskan masa bersama di klinik penjara ketika Ponder menjalani rawatan akibat kecederaan yang dialami dalam pergaduhan itu, selain masalah tekanan perasaan.

Mr Big Bali yang berusia 45 tahun itu terbabit dalam kes penyeludupan dadah pada 2012 hingga menyebabkan seorang nenek, Lindsay Sandiford, 58 kini tersenarai antara banduan yang akan menerima hukuman mati.

Akibatnya, hasrat Sandiford untuk terlepas daripada hukuman mati itu semakin sukar terutama tanpa sokongan sepenuhnya pihak diplomat perwakilan Britain akibat tindakan terhadap Harahap.

Ponder sedar hubungannya dengan diplomat berkenaan boleh membawa impak kepada banduan senegaranya, apabila dia berkata: "Malangnya ada banduan yang bergantung harap kepada dia (Harahap) kini merasakan mereka tidak akan memperoleh bantuan disebabkan hubungan ini."

Mr Big Bali juga mendedahkan, dia dan Harahap sentiasa berhubung menerusi telefon antara 40 ke 50 kali kali sehari ketika hubungan mereka baharu bermula.

"Dia akan melawat saya sebagai kawan dan kekasih, malahan kedatangannya bukan untuk mewakili pihak konsulat, tetapi berjanji untuk meninggalkan suaminya.

"Kami dapat bersama ketika berada di pejabat penjara dan klinik di penjara kerana dapat bersembang dan sentiasa dekat antara satu sama lain," katanya.

Bagaimanapun, hubungan sulit yang didedahkan pihak media tahun lalu menyebabkan komunikasi antara keduanya dihalang, dan Harahap disiasat kerana melakukan perbuatan yang melanggar etika tugasnya sebagai diplomat.

Jurucakap perwakilan British berkata: "Kami mengesahkan seorang kakitangan di sini digantung tugas kerana dakwaan ini (hubungan sulit dengan banduan) dan disiasat atas tuduhan yang dianggap serius."

Hubungan sulitnya dengan Harahap bagaimanapun tidak menimbulkan sebarang masalah kepada Ponder yang menjalani hukuman penjara enam tahun itu, malahan, banduan itu mendapat layanan istimewa termasuk mempunyai chef peribadi di kalangan banduan di penjara itu.

"Kehidupan saya di penjara begitu selesa," katanya yang berpisah dengan Rachel Dougall, wanita yang melahirkan anak perempuannya selepas keduanya ditahan kerana menyeludup dadah.

Kini, hubungannya dengan Harahap dan Dougall hanya tinggal sejarah dan terbaharu, Mr Big Bali dikatakan mempunyai teman wanita yang dikenali sebagai Yo Yo, seorang model Indonesia yang turut sedia mengahwininya apabila dibebaskan nanti.






Tags / Kata Kunci: banduan , dadah , Kerobokan , Julian Ponder , Alys Harahap

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan