Anggota Pemisah Ditembak Mati Di Yala

Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 8:52 AM

(Ubah saiz teks)

YALA: Seorang anggota kumpulan gerakan pemisah yang dikenali sebagai Saudi Setapo maut dan dua lagi ditahan pihak berkuasa dalam pertempuran petang Jumaat di Yala, wilayah selatan Thailand.

Dua suspek yang ditahan dikenali sebagai Arif Samae dan Safan Salae, kedua-duanya berusia 26 tahun dan merupakan penduduk Mukim Kabang. 

Seorang anggota polis turut cedera dalam pertempuran itu, kata Komander Kompeni Renjer ke-48, Kol Tanut Pisansitiwat kepada media.

Beliau berkata sasaran pasukan keselamatan Thailand dalam pertempuran kali ini ialah Saudi Setapo, iaitu suspek dalam satu insiden pengeboman di daerah Betong pada tahun lepas.

Kejadian pertempuran hari berlaku pada pukul 3.25 petang waktu tempatan dan melibatkan lebih 50 pegawai keselamatan Thailand.

Katanya, pertempuran berlaku apabila mereka mengepong sebuah rumah di Jalan Kabang-Sabayoi di Kampong Benangdama, Mukim Kabang, Jaha, selepas mendapat laporan kehadiran beberapa orang anggota Gerakan Pembebasan Patani yang dipimpin oleh Saudi Setapo.

Saudi yang berasal dari Kampung Kuwing, Mukim Baroh, Daerah Yaha, di Yala mempunyai tujuh waran tangkap.

Tags / Kata Kunci: Yala , Saudi Setapo

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan