Singapura Sekat Laman Web Judi Berkuatkuasa 2 Februari

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 9:49 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Laman web yang menyedia, mengiklan atau mempromosi perkhidmatan judi jarak jauh akan disekat mulai Isnin (2 Februari) sebaik saja Akta Judi Jarak Jauh (RGA) dikuatkuasakan, demikian diumumkan Kementerian Dalam Negeri (MHA).

Dalam satu kenyataan, MHA berkata transaksi bayaran berkaitan aktiviti judi jarak jauh haram akan juga disekat.

RGA diluluskan di Parlimen pada 7 Oktober tahun lepas.

Matlamat mengawal selia judi jarak jauh ini antara lain untuk mengurangkan potensi 'merosak' terutama golongan muda, kata kenyataan itu.

Di bawah akta itu, adalah satu kesalahan bagi seseorang berjudi secara jarak jauh dengan pengusaha haram, memberi kemudahan kepada orang lain berbuat demikian, atau memberi perkhidmatan judi jarak jauh haram.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Media (MDA) dalam satu kenyataan berkata akta berkenaan tidak meliputi 'game' yang tidak, sebagai sebahagian daripada reka bentuknya, membolehkan pemain menerima hadiah atau ganjaran berharga hasil daripada permainan game berkenaan.

Yang demikian akta itu tidak meliputi 'sosial game'seperti Farmville dan Candy Crush Saga dalam bentuknya sekarang.

Bagaimanapun, ia melarang game ala-kasino yang memberikan pemain peluang untuk memenangi wang atau ganjaran dalam bentuk barangan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan