Cucu Potong Jari Datuknya Ketika Merompak

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 11:46 AM

Jari hantu Barry dipotong oleh cucunya sendiri.

(Ubah saiz teks)

SEORANG pesara polis, Barry Sibley, 82, kehilangan satu jari tangannya akibat dipotong oleh pencuri yang merompak rumahnya, tanpa mengetahui perbuatan tersebut dilakukan oleh cucunya sendiri.

Ketika kejadian Sibley, dicampak daripada tangga sebelum dia ditikam oleh cucunya, Jack Sibley, 21 yang memecah masuk ke rumah mangsa dengan memakai topeng. 

Beberapa hari selepas kejadian malang itu berlaku, Barry berkata cucunya itu ada datang melawatnya di hospital. 

Barry yang juga datuk kepada enam cucu berkata: "Jack melawat saya di hospital bersama keluarganya. 

"Dia langsung tidak bercakap dengan saya, dia hanya duduk di hujung katil dan senyap sahaja. 




"Pada permulaannya saya tidak mengetahui dialah yang merompak rumah saya, namun saya agak terkejut apabila polis memberitahu dia terlibat dalam kejadian berkenaan. 

"Dia seperti tidak mempunyai perasaan belas kasihan terhadap orang lain apabila cuba membuktikan dirinya tidak bersalah dengan melawat saya di hospital.

"Apapun saya bersyukur kerana dia akan berada di penjara agak lama, sekurang-kuranya saya dapat tidur dengan tenang. 

"Saya menjangkakan dia akan dikenakan hukuman penjara yang ringan, namun saya amat berpuas hati dengan keputusan mahkamah," ujarnya. 

Menceritakan semula bagaimana kejadian malang itu berlaku, Barrry berkata pada hari kejadian pada 13 Mei tahun lalu, dia bangun awal pagi selepas terdengar bunyi bising di dalam rumahnya.

Sebaik sahaja keluar dari bilik tidurnya, dia terserempak dengan Sibley dan rakan subahatnya, Warren Reid,  22. 

Kedua-dua suspek mengangkat mangsa dan mencampaknya ke tangga sebelum mencapai sebilah pisau Gurka milik Barry. 

Mereka kemudiannya menggelar sebelum memotong jari hantu tangan sebelah kiri sebelum menggantung jari manisnya menggunakan seutas benang. 

Bukan itu sahaja, mangsa yang juga ditikam dibahagian dada dan mengalami keretakan di  kepala dalam kejadian malang itu. Sibley dan Reid kemudiannya melarikan diri di Chesthut, Herts dengan meninggalkan mangsa dalam keadaan berlumuran darah. 

Pasukan penyiasat mendapati kedua-dua suspek telah datang ke rumah mangsa dua hari sebelum kejadian. 

Polis turut menjumpai khidmat pesanan ringkas yang mendedahkan Sibley dan Reid mahu mencuri wang simpanan milik mangsa yang bernilai £4,000. 

Mereka memecah masuk rumah mangsa dengan menggunakan kunci pendua dan ingin menggunakan wang hasil rompakan tersebut untuk berjoli di sebuah kelab tarian bogel. 

Kedua-dua suspek dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah kerana merompak dan menyebabkan kecederaan parah ke atas Barry, Disember lalu. 
 
Sibley, dijatuhi hukuman penjara selama 19 tahun oleh Mahkamah St Albanbs pada Jumaat sementara Reid, berhadapan dengan hukuman penjara selama 19 tahun sembilan bulan. 

Ketika dihadapkan ke mahkamah kedua-dua suspek saling menyalahkan antara satu sama lain kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap pesara kerajaan tersebut. 

Namun Hakim Stephen Gullick memberitahu bahawa kesalahan mereka adalah sama dan kedua-duanya bertanggungjawab terhadap rompakan dan serangan secara kejam ke atas mangsa. 

Sebelum hukuman diputuskan oleh pihak mahkamah, Sibley sempat menulis sepucuk surat kepada datuknya, dengan menyatakan dia menyesal terhadap apa yang berlaku dan akan cuba sedaya upaya untuk megembalikan kenyakinan datuknya itu. 

Namun Barry berkata: "Saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan dia, dan tidak akan memaafkan segala perbuatannya. 

"Saya belum dapat memaafkan dia, mereka tinggalkan saya dalam keadaan hampir mati." 

"Keluarganya berpecah-belah, ia memisahkan kami. Namun adik bongsu Jack dan ahli keluarganya yang lain menyokong saya. 

"Saya semakin pulih namun tahun lalu cukup sukar untuk saya. Saya berharap semuanya lebih baik selepas ini." 

Bercakap kepada pemberita selepas mahkamah menjatuhkan keputusan terhadap kedua-dua suspek: Sarjan Jon Leak berkata: "Pada kejadian berlaku, Sibley tidak langsung mengetahui siapakah kedua-dua suspek dan beliau sangat terkejut apabila dapat tahu mengenainya. 

"Selama saya berkhidmat sebagai anggota polis, kes ini sangat mengejutkan. Bukan hanya, perancangan awal yang dilakukan oleh kedua-dua tertuduh untuk merompak rumah datuknya sendiri, namun lebih menyedihkan mereka sanggup melihat ahli keluarga sendiri terkapai-kapai hingga hampir mati selepas memotong jari mangsa. 

"Saya sangat berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan saya berharap mangsa dapat menjalani kehidupan yang lebih mencabar selepas ini terutamanya trauma kesan psikologi yang berlaku terhadapnya sebelum ini."

Tags / Kata Kunci: Barry Sibley

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan