Pembebasan Dua Anak Hosni Mubarak Ditangguh

Diterbitkan: Isnin, 26 Januari 2015 7:26 PM

Gambar fail menunjukkan Hosni Mubarak (duduk) bersama dua anak lelakinya, Gamal (kiri) dan Alaa (kanan) berada di dalam kandang mahkamah dalam kes perbicaraan mereka pada 14 September 2013. Mereka telah dibebaskan sementara menunggu kes mereka dibicarakan semula namun pembebasan mereka ditangguh kerana ia terlalu dekat dengan ulang tahun keempat kejatuhan pemerintahan bapa mereka.

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Pihak berkuasa Mesir pada Isnin mengumumkan penangguhan pembebasan ke atas dua orang anak bekas presiden, Hosni Mubarak iaitu Alaa dan Gamal sementara menunggu perbicaraan semula ke atas kes korupsi mereka.

Keputusan untuk menangguhkan pembebasan mereka dibuat selepas media-media massa Mesir menyiarkan laporan yang Alaa dan Gamal telah berjalan keluar dari penjara negeri pada Ahad.

Mahkamah Kaherah telah membebaskan kedua-dua mereka minggu lalu, hanya beberapa hari sebelum ulang tahun kejatuhan Hosni Mubarak yang ke empat iaitu pada 25 Januari (Ahad).

Hosni Mubarak telah diguling pada 25 Januari 2011 selepas rakyat Mesir memprotes selama beberapa minggu tanpa berganjak di jalan-jalan utama ibu negara mereka.

Semalam (Ahad), 13 orang telah disahkan terkorban dalam pertembungan dengan polis ketika merayakan ulang tahun kejatuhan Mubarak.

Ramai warga Mesir melihat kedua-dua anak Hosni Mubarak itu sebagai simbol korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Mahkamah membebaskan Alaa dan Gamal kerana berpendapat mereka telah menjalani perintah penahanan maksimum sementara menunggu kes mereka dibicarakan semula.

Dakwaan ke atas mereka termasuklah melesapkan wang negara sehingga Euro14 juta menerusi projek penyelenggaraan Istana Presiden ketika era pemerintahan bapa mereka.

Bagaimanapun pihak berkuasa bimbang, membebaskan Alaa dan Gamal pada saat seluruh negara menyambut ulangtahun kejatuhan pemerintahan Mubarak hanya akan mengundang provokasi yang tidak sepatutnya.

Kerajaan Presiden Abdel Fattah al-Sisi, seorang bekas jeneral tentera sudah pun dilabel sebagai cuba untuk menghidupkan semula amalan-amalan era Mubarak.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan